Tuesday, May 3, 2011

Kahwin?? Semasa Belajar @ Setelah Bekerja??





Haha...Mungkin cam terlalu awal kan aku fikir sal soalan neh.. Nanti mesti ada yang kata aku gatal, tak sabarlah dan apa2 saja yang mungkin tapi cuba korang fikir betol2, lambat laun soalan neh pasti jugak korang kena jawab.. So, better korang plan awal2 sebab nanti bila dah tersepit, janganlah nak menuding jari menyalahkan takdir pula k... So, ni hanya pandangan aku.. Fikir-fikirkan lah dan selamat beramal..


Kahwin Semasa Belajar?


Jangan kata orang yang kahwin time study nie gatal, tak sabar or so whatever sebab kahwin awal especially time2 camneh ada jugak baiknya.. Even ada juga ustaz yang buat cam neh bila fikirkan sal kebaikkan yang bakal diperoleh nanti. So, apa kebaikkan kahwin time study? Bila kahwin time study neh ( tak kira lah oversea ka local ka) , korang akan dapat memotivasikan diri korang untuk lebih berjaya, tambah2 kalu kedua-dua pasangan masih belajar. Maklumlah, bila dah kahwin, korang akan rasa korang ada tanggungjawab berat yang korang kena galas. Korang kena fikirkan sal masa depan korang, isteri korang dan bakal anak-anak korang. Mungkin benda-benda cam neh akan jadikan korang stress, tp kena ingat, tak semua stress tak elok taw! Ada juga stress yang elok taw macam stres yang dinyatakan tadi.. Stress tersebut akan buatkan korang lebih tergerak untuk menjadi lebih bersemangat dan berusaha sebaik mungkin dalam pelajaran supaya masa depan korang dan keluarga terjamin. Bukan tu saja, bila kahwin awal neh, korang dapatlah mengelakkan diri daripada maksiat terutamanya zina. Maklumlah, bila dah sah ijab kabul tu, kira hubungan korang da jadi halal lah. So, apa yang korang nak buat tu tak menjadi masalah lah. Sedangkan rindu pada isteri pon dapat pahala taw. Jadi bila dah kahwin time belajar neh, belajar pon jadi berkat. Kalau tengah study teringat isteri, dapat pahala dan insyaAllah ilmu yang dipelajari tu mudah ja masuk. 








Kahwin Selepas Kerja?


Macam mana pula kahwin bila dah graduate n dah dapat kerja? Ini pastinya jadi pilihan kebanyakkan orang dan kebanyakkan ibu bapa terutama sekali di pihak isteri. Maklumlah bakal suami tu bakal mengambil alih tanggungjawab si bapa untuk menjaga anaknya. Jadi pasti syarat minimum nak dapat lesen 'izin kahwin' tu kena ada kerja yang tetap dan jaminan masa depan. Dan pasti juga ni yang diharapkan oleh bakal-bakal isteri supaya hidup diorang masa depan tak de lah bertukar tabiat (maksudnya isteri menyara suami).. Jadi apa lagi kelebihan kahwin lepas dapat kerja? hm..For sure korang tak akan rasa stress sgt sebab kerja dah ada, duit sebut ja nak berapa, nafkah untuk isteri bleh ja selesaikan, so kira cam rumah tangga korang akan bahagia dan best jugak lah sebab tak perlu fikir masalah-masalah yang tak penting.. Prestasi kerja juga mungkin akan meningkat secara drastik tambah-tambah kalau baru kahwin. Besalah kan, dapat semangat baru lah kan. So, bila prestasi kerja dah naik, senang-senang je nanti dapat naik pangkat (bergantung pada rezeki juga). Dan bila balik kerja, korang tak payah risau pasal pakaian, makanan, semua dah disediakan oleh isteri. Kalau dua-dua kerja, calling ja, "sayang, malam neh kita makan luar ye. sy blnja"....kan senang..






Kesimpulan???


Akhirulkalam (cam ayat karangan lak), kahwin time study or kahwin lepas dapat kerja nie masing-masing ada kebaikan dia. Jangalah duk kata orang yang kahwin awal tu gatal ke ape ke dan orang yang kahwin lewat tu insan tak 'laku' lak..cuma jodoh nie Allah S.WT dah tetapkan. Cepat ke, lambat ke, kalau ada jodoh, pasti diijab kabul juga. Jadi, yang kahwin awal tu, ingat lah tanggungjawab berat yang anda sendiri merelakan diri anda untuk menggalasnya. Kepada yang masih belum bertemu jodoh, bersabarlah kerana biarkan cinta mencari anda, kelak ia tidak akan meninggalkan anda..Renung-renungkan dan selamat beramal.. :)






5 comments:

Anonymous said...

kawin masa study ada kelemahan dia jugak. sebab masa tu tak kerja lagi. jadi takde mata pencarian. macammana nak sara bini nanti? tu belum masuk anak lagi.

Husaini Ahnal said...

bajet kawin kau salah!!!!
lagi mahal laaaa...x cukup makan2 hanya 4 ribu..
kurang2 6 ribu..
kad pun same...kurang2 500-600 :)
brg skg MAHAL

Husaini Ahnal said...

Photographer skg da xde ratus2...terus ribu2 taw~

Hazrul Syakirin said...

aq xnk kawen lah gni..haha XD (pis follow blik blog aq gak ye)

mohd safwan said...

fadhil :a'a la..tp klu yg fhm, dy bley mnx parents sara..x kra sbgai sara, tp sbgai hadiah kpd ank n menantu..klu khwin pas keja pon ada kelemahan jgk..risiko trdedah kpd mksiat juga luas..dn kemungkinan utk di hntar bkrja kt kwsn pedalaman tggi..sbb tu byk kwin b4 graduate spya dpt posting kt kwsn smnnjg..
cheni : tu aq copy ja dr internet..mls nk edit2..huhu
zrol : koya weh x kwin..fitrah mnsia perlukn psgn..

Post a Comment