Tuesday, October 18, 2011

Chemistry's topic for semester 2 (Uitm Puncak Alam)

Chemistry's topic for semester 2 (Uitm Puncak Alam)

1. Chemical Kinetics
2. Chemical Equilibrium
3. Acids and Bases
4. Electrochemistry
5. Organic Chemistry

Lab Sessions:
1.Determination of reaction order
2. Application of Le Chatelier's principle
3. Acid base titration curve
4. Redox titration
5. Galvanic cells
6. Reactions involving alkanes and alkenes
7. Reactions involving alcohols, aldehydes, ketones and carboxylic acid




source : Miss Hairunnisa (lecturer)
http://fast2earn.com/-57344.htm

Thursday, October 13, 2011

ALANGKAH INDAHNYA SENYUMAN ANDA :-)




            Assalamualaikum kepada saudara dan saudari yang sudi melapangkan diri membaca entry saya pada kali ini. Semoga entry kali ini dapat mengubah  hidup kita ke arah yang lebih baik, di dunia dan di akhirat. Berpaksikan kepada tajuk yang terserlah di atas, pasti anda dapat mengagak perkara pokok yang akan saya kupaskan kali ini. Semuanya berkenaan senyuman.

             Cuba kita lihat kembali dalam kehidupan seharian kita. Apabila anda terserempak dengan adik, kakak, abang, pakcik atau sesiapa saja yang bermuka masam, langsung tidak membalas senyuman anda. Pasti jauh di sudut hati anda akan berkata ; “eh akak neh, sombong betul. Harap muka saja lawa tapi senyum pun kedekut!”  atau “ alahai budak neh, orang senyum dia buat jual mahal pula. Ingat dia hotstuff sangat la kot”. Kadang-kadang ada juga pakcik yang berketayap yang buat macam tu. Apa lagi pasti ada yang terdetik “ek eleh pakcik neh, Nampak baik je, pakai ketayap, baju jubah tapi nak senyum pun malas. Dah banyak pahala kot sampai tak nak sedekah senyuman neh”.  Kadang-kadang jahat juga hati manusia sampai berkata-kata macam tu. Last sekali, yang tak senyum tu dapat pahala, yang senyum neh pula bercampur dosa dan pahala. Alahai, itulah realiti kehidupan.

Saudara-saudari sekalian,
                Susahkah untuk kita senyum? Best sangat kah  untuk kita bermuncung mulut, bermuka masam? Rasanya tak. Cuba kita bayangkan kalau seharian kita bermuncung mulut, pasti hati tak tenteram dan mulut pun pasti lenguh kan. Tapi kalau kita senyum tatkala berselisish dengan orang ramai kan manis. Pahala kita dapat, hati orang pun gembira, mulut tak lenguh dan ajaibnya hati kita akan tenang. Kalau tak percaya, cuba anda cuba buat.

Sahabat sekalian,
                 Senyuman ini adalah sedekah-satu fakta yang semua orang tahu. Tapi berapa ramaikah yang mempraktikkannya? Kita belajar dan faham tapi kita tak amalkan, apa kesudahannya? Hilang macam tu saja kan. Kalau kita lihat kat media massa pun, dah banyak iklan, poster, kempen yang dianjurkan untuk menggalakkan kita senyum. Ni bukti betapa pentingnya senyuman dalam hidup. Orang yang kurang comel pun kalau senyum boleh jadi comel tau. Ini apatah lagi kalau orang yang rupa pun dah macam bidadari, kalau senyum pasti orang tak kan lupa. Sebenarnya paras rupa bukanlah erti sebenar kecantikan yang dicari tapi kejelitaan hati yang murni adalah berpaksikan kepada personaliti dan tingginya peribadi. Ada orang yang cantik tapi jarang senyum, jelitakah dia? Ada orang yang biasa tapi gemar memberikan senyum, burukkah dia?  Renung-renungkan lah…

                 Senyuman bukan sekadar sedekah tetapi solusi kepada masalah hati. Dengan hanya mengukir senyuman, hati kita akan tenang dan hati orang lain akan gembira. Itulah kuasa senyuman. Perbuatan yang teramat mudah dilakukan tapi hasilnya mengubah emosi  anda. Apabila emosi dalam keadaan stabil, kerja yang dilakukan juga akan lebih produktif dan hasilnya juga lebih berkualiti. Jadi tak perlu anda bersusah payah mencari dan membayar ‘private caunselor’  untuk menenangkan anda.  Yang perlu anda lakukan hanya senyum seikhlas hati. Wallahualam…







Sunday, September 18, 2011

Belajarlah Menerima Takdir, Bukan Mempersoalkannya~


             Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada sesiapa yang membaca entry saya pada kali ini. Semoga penulisan saya pada kali ini dapat memberikan sedikit sebanyak kebaikan kepada kita, InsyaAllah. Alhamdulillah, pada kali ini Allah SWT telah membuka pintu hati saya untuk berkongsi dengan saudara dan saudari sekalian berkenaan suatu topik berkenaan realiti kehidupan.

             Sesungguhnya hidup kita ini tidak pernah sunyi daripada segala bentuk ujian. Kadang-kadang ada yang beranggapan hidup senang-lenang itu bukan ujian. Pabila kita melihat kehidupan orang yang berada, yang dilimpahi kemewahan dunia, yang tidak perlu bersusah-payah untuk mendapatkan sesuap nasi, pasti hati-hati kita merumuskan bahawa hidup mereka cukup bahagia. Sedangkan kita terpaksa kais pagi dan petang untuk mencari rezeki. Lantas hal ini menimbulkan rasa tidak senang dalam jiwa kita. Ini secara tak langsung akan pula membawa kepada berjangkitnya penyakit hati.

             Baiklah, itu hanya sebagai gambaran awal tentang apa yang akan saya kongsikan. Mungkin penulisan saya akan lebih tertumpu kepada perspektif seorang pelajar tetapi tidak salah andai dikongsikan dengan orang lain kerana selagi mana kita hidup, selagi itulah kita menjadi seorang pelajar ; belajar tentang ilmu agama, belajar tentang kehidupan, belajar dari kesalahan dan sebagainya. Okay, berbalik kepada tajuk kita, Belajarlah Menerima Takdir dan Bukan Mempersoalkannya,  saya yakin ramai antara kita yang faham akannya. Baiklah, cuba kita imbas kembali kisah kita, sepanjang kita menghembuskan nafas di muka bumi ini, sepanjang kita menjunjung langit Ilahi, pasti ada seketika kita diuji. Kadangkala ujian itu bersambung-sambung sehingga kita hampir-hampir berputus asa. Kadangkala ujian inilah yang meragut kesabaran kita. Tatkala marah menguasai hati dan sabar pula semakin memencilkan diri, pasti akan terdetik di hati kita untuk mula mempersoalkan takdir. Pasti ada yang mula mengungkit ; “ Arrgghh!! Study penat-penat pun bukan boleh berjaya!”. Ada pula yang berkata “Kalau dah takdir aku macam ni, sampai bila-bila pun tak kan berjaya. Bazir masa ja aku buat semua ni”. Tambah-tambah pabila result keluar dan tak mencapai ‘target’ kita, pasti ada yang terdetik “Uish, penat ja aku study malam-malam sampai tak tidur!” , “Aku dah study habis-habis, solat pun dah cukup waktu, tapi result still sama!”. Paling teruk ada yang sampai menyalahkan Allah SWT ; “Solat lima waktu aku dah buat, solat sunat hajat,dhuha,tahajjud semua aku dah lakukan, tapi Allah masih tak tolong-tolong”. Ini yang paling teruk, solat hanya semata-mata inginkan pertolongan Allah!

Sahabat sekalian,

Allah tidak pernah membebankan hambanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya seperti mana firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarrah, ayat 286 :


Ÿw ß#Ïk=s3ムª!$# $²¡øÿtR žwÎ) $ygyèóãr 4 $ygs9 $tB ôMt6|¡x. $pköŽn=tãur $tB ôMt6|¡tFø.$# 3 $oY­/u Ÿw !$tRõÏ{#xsè? bÎ) !$uZŠÅ¡®S ÷rr& $tRù'sÜ÷zr& 4 $oY­/u Ÿwur ö@ÏJóss? !$uZøŠn=tã #\ô¹Î) $yJx. ¼çmtFù=yJym n?tã šúïÏ%©!$# `ÏB $uZÎ=ö6s% 4 $uZ­/u Ÿwur $oYù=ÏdJysè? $tB Ÿw sps%$sÛ $oYs9 ¾ÏmÎ/ ( ß#ôã$#ur $¨Ytã öÏÿøî$#ur $oYs9 !$uZôJymö$#ur 4 |MRr& $uZ9s9öqtB $tRöÝÁR$$sù n?tã ÏQöqs)ø9$# šúï͍Ïÿ»x6ø9$# ÇËÑÏÈ  


286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".




Nah…sedangkan dalam Al-Quran Allah telah berfirman, berani pula kita mempersoalkannya.  Saudara sekalian, bukan tugas kita untuk mempersoalkan takdir tapi tugas kita adalah untuk belajar menerimanya dengan hati yang terbuka. Kita pandai menghafal rukun-rukun iman namun agak kekok untuk mempraktikkannya.mari kita selami  Rukun iman yang keenam: beriman kepada qada dan qadar. Sesungguhnya apa yang dibawa rasul-rasul Allah ada hikmahnya dalam kehidupan seharian. Mari kita Tanya pada diri kita, Berapa banyak kah antara kita yang betul-betul beriman kepada rukun tersebut? Alhamdulillah seandainya kita salah seorang daripada insan-insan yang terpilih.  

Sahabat sekalian,

Takdir yang telah dicorakkan Allah SWT sesuai dengan fitrah manusia. Seandainya kita terkandas di sesuatu persimpangan, usah gundah gulana. Cuma kita perlu yakin dan teruskan usaha disertai tawakal kepada Allah SWT, pasti persimpangan yang benar   akan muncul. Kegagalan kita hanyalah ujian untuk menilai sejauh mana ketinggian nilai iman kita. Janganlah pabila terjatuh, kita malas berdiri kembali. Biarlah kita terpaksa merangkak sekalipun, lambat laun kita pasti sampai di destinasi yang ditakdirkan Allah untuk kita. Andai kita tidak mampu menggenggam apa yang kita hajati, janganlah pula kita meraung duka. Sesungguhnya apa yang ditentukan Allah  adalah yang terbaik bagi kita. Marilah sama-sama kita  belajar menerimanya, bukan mempersoalkannya! Wallahualam~





Tuesday, August 9, 2011

Dilema Pelajar U : Antara Tarawikh dan Assignments??

Alhamdulillah..Ramadhan sudah berlalu hampir 10 hari dan ini juga menandakan kita akan meninggalkan 10 malam awal Ramadhan yang disebut sebagai malam makrifah. Sesungguhnya, bulan Ramadhan ini mendatangkan seribu satu kebaikan dan rahmat kurniaan Allah S.W.T. sama ada secara kita sedari ataupun tidak. Dan secara realitinya, puasa tidak langsung membebankan penganut Islam malah ianya merupakan satu kemuliaan kepada kita untuk mengimarahkan bulan ini. InsyaAllah, berbolak-balik kepada tajuk yang diutarakan di atas, saya yakin ramai di antara kita menghadapi dilema ini. Bukan sahaja pelajar universiti, malah pelajar sekolah dan golongan bekerja juga turut berhadapan dengan kemelut ini.

Apabila selesainya berbuka puasa dan menunaikan solat fardhu maghrib, pasti ramai antara kita akan berbaring sebentar sambil berfikir sejenak ; "hari ni cam banyak pula assignment nak siapkan. Esok dah kena submit. Tapi bila nak siapkan? kalu pergi tarawikh, balik tu mesti dah letih. Kalau x pergi rugi pula.". Ada juga yang akan berfikir sebegini ; "tarawikh sunat, tapi assgment wajib hantar. Tapi wajib-wajib pun dunia saja. Tarawikh pula boleh bawa akhirat. Macamna nak pilih neh?!!". Haa, saya yakin ramai yang dibelenggu dilema ini. Jadi apakah solusi terbaik bagi menghadapi masalah ini?

Secara umumnya,  tarawih bermaksud duduk istirehat setelah mengerjakan solat. Dalam erti kata lain, solat sunat tarawikh bermakna solat yang dilakukan dengan penuh rasa lapang di hati disertai dengan rasa gembira untuk mendekati Allah S.W.T. Hukum mengerjakan solat sunat tarawikh adalah sunat muakad (sunat yang sangat dituntut) bagi setiap muslimin dan muslimah untuk dikerjakan selepas solat isyak pada bulan ramadhan. Solat ini boleh dilakukan secara jemaah mahupun individu, tetapi lebih digalakkan untuk dilaksanakan secara berjemaah.Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang. Jadi bagaimanakah dengan kita?

Sahabat sekalian,Ramadhan cuma datang sekali sahaja dalam setahun dan belum tentu pada tahun hadapan kita dapat menjadi tetamunya. Cuma kita berfikir sejenak. Untuk menghadiri sesuatu majlis, hanya orang-orang yang terpilih saja yang mampu menghadirinya. Begitu juga dengan bulan Ramadhan ini. Begitu banyak orang yang ingin menjadi tetamunya lagi di masa hadapan namun bukan semua yang akan terpilih. Oleh itu, sebagai insan yang terpilih, tidak salah rasanya andai kita meluangkan sedikit masa kita, mengimarahkannya dengan amalan-amalan fardu dan sunat. Cuba fikirkan kembali : kita sanggup meluangkan masa melayari laman sosial seperti facebook, twitter bahkan tidak lokek bersembang dengan kawan-kawan. Tetapi untuk menunaikan solat tarawih, kita rasa teragak-agak malah ada yang merasakan solat tersebut terlalu lama. Padahal secara puratanya, solat tersebut hanya mengambil masa satu jam untuk dilaksanakan. Bahkan solat ini hanya perlu dilaksanakan dalam masa sebulan. Islam cukup mudah dan tuntuntan-tuntutannya pula tidak membebankan  tetapi kita sendiri yang menjadikannya satu bebanan.

Sahabat sekalian. Pasti ada antara kita yang terdesak untuk menyiapkan assignments mereka. Namun, harus diingat, Islam ini cukup mudah bagi umatnya. Solat tarawih boleh dilakukan sepanjang masa selepas solat isyak sehingga sebelum solat subuh. Saya yakin dalam kesibukan kita dengan tuntutan dunia, pasti akan ada sedikit masa terluang. Jadi, apa kata gunakan masa tersebut untuk menunaikannya? Saya pasti selepas solat tersebut, kita akan berasa lebih tenang dan InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T , kita akan lebih terbuka minda untuk menyiapkan assignments tersebut. Andai kita dapat menyiapkan assignments dan selesai solat tarawih, bukankah lebih untung bagi kita? Kehidupan dunia kita jaga, kehidupan akhirat pun insyaAllah berjaya.

Wahai sahabat seperjuangan, ambillah sedikit masa, lapangkanlah hati dan jiwa kita untuk menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T. Janganlah kita terlalu mengejar kehidupan dunia yang hanya sementara. Jadikanlah ibadah sunat sebagai pelengkap kepada ibadah fardhu. Sementara kita masih menjadi pilihan Allah bagi menjadi tetamu Ramadhan-Nya, gunakanlah masa yang ada untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Sesungguhnya, ibadah merupakan kunci kepada syurga. Sejauh mana kita ingin kembali ke syurga, semuanya terletak pada usaha dan tawakal kita.. Wallahualam. Ramadahan Karim :)

Friday, July 29, 2011

Lambaian Sinaran Ramadhan

Dalam kesibukan dunia mencari identiti,
Ada yang tersepit gagal berlari,
Ada yang berjaya mencapai solusi,
Ada yang  hilang dibuai arus mimpi,
Namun bukan itu yang ingin aku berkongsi,
Apa yang pasti sesuatu telah kembali..

Ramadhan,
Bulan yang penuh berkah,
Berkunjung tiba membawa sejuta rahmah,
Dari Ilahi untunk hamba-Nya,
Dari Pencipta kepada makhluk-Nya..

Aku pasti kalian juga mengetahuinya,
Bahkan lebih arif dari insan yang cuba berpesan tentangnya,
Tapi sejauh manakah usaha kita untuk menyambutnya,
Semuanya terletak di tangan  kita untuk mengimarahkannya.

Ramadhan,
Datang sebulan sekali cuma,
Membawa jutaan pahala untuk percuma,
Buat muslim mengabdikan diri kepada-Nya.

Wahai sahabat,
Mungkin aku tidak layak untuk berbicara,
Namun terdetik di hati aku untuk kita bersama,
Bersama memeriahkan bulan ini dengan ibadah dan doa,
Bersama mengimarahkannya menjauhkan dosa.

Wahai sahabat,
Marilah kita berpuasa untuk mencari redha-Nya,
Bukan hanya berpuasa untuk lapar dan dahaga,
Marilah wujudkan kembali puasa disinari takwa,
Bukan sekadar puasa lesu dan tak bermaya....


Ukhuwwah Fil'lah.....




                                                                                      originally made by :
                                                                                      Mohd Safwan Rosli

Wednesday, May 4, 2011

Kpop VS Justin Bieber!!!!



                       vs        









Haha..ini lah fenomena, histeria dunia hiburan sekarang neh kan.. Dulu, dengar saja Kpop nak datang Malaysia, berduyun-duyun orang (terutamanya remaja) sanggup beratur kat airport, semata-mata nak tengok bintang pujaan diorang tu. Tapi macam besa lah, boleh tengok sajalah, kalu dapat sentuh tu, miracle la kn. Jadi bintang-bintang Kpop neh boleh rasa senang hati lah dengan sambutan yang diorang dapat tu sebab diorang tak rasa diorang ada saingan. 


Tapi, time can change the situation kn.. Sekarang neh, muncul lak seorang remaja yang dah jadi kegilaan dan pencetus histeria anak-anak muda terutamanya yang girls lah. Sapa lagi kalau bukan Justin Bieber atau JB!! Dia neh muncul melalui youtube ja, tapi last2 dah jadi kegilaan dunia (maybe disebabkan bakat+kecomelan dia).. Senang cakap dia pon ada package jugak lah macam yg ada pada Kpop..





Kpop???


Kpop neh artis-artis dari Korea la kan.. Macam Shinee, Big Bang, 2PM, F.T.Island, Rain, Super Junior memang cukup popular lah di kalangan peminat girls... Kalau boys plak, group seperti SNSD, After School memang cukup mencairkan jiwa kejantanan sang lelaki lah. Maklumlah, macam kewajipan plak group Kpop neh mesti comel, cantik, smart, dan handsome!! Tengok sajalah fesyen baju diorang. Walaupun mahal atau susah nak cari, pasti fan2 diorang neh akan cari jugak.. Kpop neh juga popular sebab penampilan diorang jugak lah. Aku sendiri mengaku diorang memang smart dan style.. Baju dan rambut diorang memang kena dengan penampilan diorang. Boleh kata PERFECT lah penampilan diorang!!  Tapi diorang neh bukan sekadar artis yang tahu nyanyi saja.. Yang gempaknya, diorang neh pandai menari juga. Tarian diorang walaupun kadang-kadang nampak cam simple2, tapi susun atur dan gerakan diorang jadikan persembahana diorang superb lah! so, tak hairanlah kalau ada yang sanggup beratur panjang kat airport, habiskan ratusan ringgit utk dapatkan tiket diorang neh..




Justin Bieber??


Peminat dia menggelarkan diorang The Beliebers... JB neh bukan dah lama dalam arena muzik neh tapi baru muncul dalam 2-3 tahun kebelakangan neh saja. Umur pon muda lagi, so masih panjang masa dia dalam bidang nyanyian neh kan. Mungkin satu hari nanti dia akan jadi lagenda macam Michael Jackson. Maklumlah, perjalanan dia dalam bidang neh masih panjang. Tapi tengok sajalah langkah kanan dia dalam arena neh. Kejap saja dia dah jadi kegilaan remaja terutamanya girls dan buatkan para suami dan boyfriends cemburu dengan dia. Maklumlah pantang dengar berita tentang dia, makan pon tak kenyang, tidur plak bukan tak lena tapi terlebih lena siap termimpikan dia lagi. Tengok sajalah bila dia buat persembahan kat Malaysia ritu. Tiket yang harga RM888 pon kejap saja habis dijual (kaya sungguh kan rakyat kita neh)...Bila dia tunjukkan muka nak buat persembahan, apa lagi, histeria la fan2 dia.. Ada yang sampai tolak-tolak nak rakam gambar dia.. Hot sgguh kan JB neh..Besa lah, orangnya pon comel (girls la selalu kata), lagu pon top2 suma..kat tv, radio, hp suma lagu dia ja..macam Baby, Pray, One less lonely girl memang meletup lah!! so, nak kata pa lagi.. memang beliebers lah!!


Kesimpulan??


Kpop dan JB neh memang sama-sama popular lah..masing-masing ada jutaan peminat di seluruh dunia termasuklah Malaysia neh.. Diorang neh la unsur histeria kepada industri nyanyian..Sampaikan artis Malaysia nak buat duit pon susah.Maklumlah mana mungkin artis Malaysia dapat fight dengan diorang. Jadi, kepada fans Kpop dan kpda Beliebers sekalian, sokong lah artis korang neh berpada-pada..Janganlah sampai habis ribuan ringgit hanya semata-mata nak ikut diorang.. Yang mana baik tu, ikut lah dan yang mana kurang baik tu, jauhkan lah yea.. Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi!!

Tuesday, May 3, 2011

Kahwin?? Semasa Belajar @ Setelah Bekerja??





Haha...Mungkin cam terlalu awal kan aku fikir sal soalan neh.. Nanti mesti ada yang kata aku gatal, tak sabarlah dan apa2 saja yang mungkin tapi cuba korang fikir betol2, lambat laun soalan neh pasti jugak korang kena jawab.. So, better korang plan awal2 sebab nanti bila dah tersepit, janganlah nak menuding jari menyalahkan takdir pula k... So, ni hanya pandangan aku.. Fikir-fikirkan lah dan selamat beramal..


Kahwin Semasa Belajar?


Jangan kata orang yang kahwin time study nie gatal, tak sabar or so whatever sebab kahwin awal especially time2 camneh ada jugak baiknya.. Even ada juga ustaz yang buat cam neh bila fikirkan sal kebaikkan yang bakal diperoleh nanti. So, apa kebaikkan kahwin time study? Bila kahwin time study neh ( tak kira lah oversea ka local ka) , korang akan dapat memotivasikan diri korang untuk lebih berjaya, tambah2 kalu kedua-dua pasangan masih belajar. Maklumlah, bila dah kahwin, korang akan rasa korang ada tanggungjawab berat yang korang kena galas. Korang kena fikirkan sal masa depan korang, isteri korang dan bakal anak-anak korang. Mungkin benda-benda cam neh akan jadikan korang stress, tp kena ingat, tak semua stress tak elok taw! Ada juga stress yang elok taw macam stres yang dinyatakan tadi.. Stress tersebut akan buatkan korang lebih tergerak untuk menjadi lebih bersemangat dan berusaha sebaik mungkin dalam pelajaran supaya masa depan korang dan keluarga terjamin. Bukan tu saja, bila kahwin awal neh, korang dapatlah mengelakkan diri daripada maksiat terutamanya zina. Maklumlah, bila dah sah ijab kabul tu, kira hubungan korang da jadi halal lah. So, apa yang korang nak buat tu tak menjadi masalah lah. Sedangkan rindu pada isteri pon dapat pahala taw. Jadi bila dah kahwin time belajar neh, belajar pon jadi berkat. Kalau tengah study teringat isteri, dapat pahala dan insyaAllah ilmu yang dipelajari tu mudah ja masuk. 








Kahwin Selepas Kerja?


Macam mana pula kahwin bila dah graduate n dah dapat kerja? Ini pastinya jadi pilihan kebanyakkan orang dan kebanyakkan ibu bapa terutama sekali di pihak isteri. Maklumlah bakal suami tu bakal mengambil alih tanggungjawab si bapa untuk menjaga anaknya. Jadi pasti syarat minimum nak dapat lesen 'izin kahwin' tu kena ada kerja yang tetap dan jaminan masa depan. Dan pasti juga ni yang diharapkan oleh bakal-bakal isteri supaya hidup diorang masa depan tak de lah bertukar tabiat (maksudnya isteri menyara suami).. Jadi apa lagi kelebihan kahwin lepas dapat kerja? hm..For sure korang tak akan rasa stress sgt sebab kerja dah ada, duit sebut ja nak berapa, nafkah untuk isteri bleh ja selesaikan, so kira cam rumah tangga korang akan bahagia dan best jugak lah sebab tak perlu fikir masalah-masalah yang tak penting.. Prestasi kerja juga mungkin akan meningkat secara drastik tambah-tambah kalau baru kahwin. Besalah kan, dapat semangat baru lah kan. So, bila prestasi kerja dah naik, senang-senang je nanti dapat naik pangkat (bergantung pada rezeki juga). Dan bila balik kerja, korang tak payah risau pasal pakaian, makanan, semua dah disediakan oleh isteri. Kalau dua-dua kerja, calling ja, "sayang, malam neh kita makan luar ye. sy blnja"....kan senang..






Kesimpulan???


Akhirulkalam (cam ayat karangan lak), kahwin time study or kahwin lepas dapat kerja nie masing-masing ada kebaikan dia. Jangalah duk kata orang yang kahwin awal tu gatal ke ape ke dan orang yang kahwin lewat tu insan tak 'laku' lak..cuma jodoh nie Allah S.WT dah tetapkan. Cepat ke, lambat ke, kalau ada jodoh, pasti diijab kabul juga. Jadi, yang kahwin awal tu, ingat lah tanggungjawab berat yang anda sendiri merelakan diri anda untuk menggalasnya. Kepada yang masih belum bertemu jodoh, bersabarlah kerana biarkan cinta mencari anda, kelak ia tidak akan meninggalkan anda..Renung-renungkan dan selamat beramal.. :)






Monday, May 2, 2011

Cubaan Ninja Menceroboh B4 MRSM PC!!



Hmm... cerita yg bakal dinyatakan ini merupakan kisah benar yg berlaku kepada penghuni bilik B4, Blok Bahagia, MRSM Pengkalan Chepa...Walaupun sudah agak lama berlalu, tapi kisah masih lagi segar dalam ingatan aku..maklumlah aku juga merupakan salah seorang saksi dalam kejadian 'menakutkan+melucukan ni. Dan watak utama kisah ini dipegang oleh Faizzudin Ashraf (Judin) yang agak terkenal jugak di MRSM PC... maklumlah Judin neh playboy dalam diam (diam2 ubi berisi taw).. (Judin jangan marah tw)... Malas gtw panjang, jom follow cerita ni..

Pada suatu malam yang sunyi dan hening (memang lah sunyi sebab semua student dah tido), muncul lah seorang lembaga neh ( rasanya ada 2-3 orang lg) kt tingkap bilik b4.. Dengan menggunakan kepakaran dan kemahiran yg ada (utk buat benda jahat), diorang pon berjaya membuka tingkap bilik tu. Tapi hanya seorang yg paling kecil ja yang masuk. Ada orang gelar diorang neh 'ninja's sebab diorang neh tutup muka. Niat diorang seperti biasalah, utk mencuri benda2 yang berharga. Selalunya handphone lah jd mangsa. Bila kawan diorang dah msuk dalam bilik tu, dia pon mulalah mencari barang-barang nak curi. Tiba-tiba dia ternampak sebuah handphone tengah dicharge (hp judin lah neh). Dia pon apa lagi, cepat-cepatlah panjangkan tangan nak capai fon tu. Tapi kawan aku neh ada 'sense' sensitif cikit. Macam taw2 ja fon dia nak kena curi, dia pon terjaga.  Apa lagi, bertentang matalah judin dengan si ninja tu.. Si ninja tu nak juga ambil fon tu walaupun dia prasan yang judin dah jaga. Apa lagi, judin pon menjeritlah (bergema kott bilik b4 tu). Dah dengar suara judin menjerit, cubemate dia termasuk aku pon jaga lah. Tapi ada juga yang tak jaga2 (maybe tido mati kot)..

Tapi yang bestnya, aku dan lebih kurang tiga kawan aku yang lain hanya tengok ja adegan judin dengan si ninja tu. Kitaorang tak tolong pon (maybe masing-masing masih mamai lagi kot). Lama jugalah tengok judin dengan si ninja tu bercakap apa tah. Tapi ada lagi best! Ada sorang kawan aku neh (shahrul) yang dengar judin jerit tadi pon jaga jugak. Tapi yang lawaknya dia ingat judin kena histeria!! Shahrul pon apa lagi, terus capai Al-Quran dan peluk Al-Quran tu.. Dia pon kira dah tkot lah (sapa tak takot pasal histeria kan).. Kawan aku yang duk sebelah Shahrul tu ( Amirul), hanya tengok ja kelakuan Shahrul dan situasi judin dengan si ninja tu. Dia pon tak kata apa (barangkali dia ingat ni mimpi kot). Lepas agak lama judin jerit, si ninja tu pun lari lah  keluar ikut tingkap yang dia masuk tadi.

Lepas tu, barulah kitaorang masing2 berani nak buka mulut.. Masing-masing rasa takut dan kitaorang pon bincang lah sal si ninja tu (sapa dia, apa dia nak, agak2 dia bwa senjata ka x, asal masing2 tak tolong judin).. macam2 juga lah kitaorang sembang. Tapi tak lama lepas tu, si ninja tu datang balik. Tapi dia tak masuk kali neh sebab tingkap tu kami dah tutup. Dia pon ketuk tingkap bilik tu. Kami semua dah kecut perut lah..masing-masing duk fikir apa dia nak buat plak pasneh. Tapi taw tak apa dia buat?? lepas ketuk tingkap tu, dia pon cakap kat kitaorang cam neh "hoi2, tido lah..duk sembang apa lagi"!! (macam tak logik pon ada kan, tapi neh mmg terjadi lah).. tak taw knpa (mybe tkot), kitaorang pon terus tido dan tak sembang2 dah (macam kena pukau pon ada).. bila masing-masing dh jga pagi tu, pakat bincang lah pasal kejadian tu. Tapi ada juga cubemate yang tertanya-tanya (yang tido mati dn x tw apa2 yang jadi time tu).Bila dh sembang, masing2 pakat gelak. cam kelakar lak kejadian tu. tapi kami tak report pon kt ckgu sebab tak da benda kena curi kn..tapi berita pasal kejadian tu agak cepatlah juga tersebar. Memang nie lah sweet memory yg trcpta di MRSM PC dn smpai sekarang aku msih ingat kot..To pghuni bilik b4, blok bahagia 09/10, bersyukur lah kita sebab jadi sebahagian dari kejadian yg melucukan dan menakotkan ni...To nma2 yang disebut tadi, jangan lah marah2 ye................................



Sunday, May 1, 2011

MENANTU HANTU


Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua. 

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap. 

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya. 

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".







PUISI SUAMI DAN ISTERI


Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!






PEGUAM KENA TIPU...

Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pernebangan Boeing 767 dari Los Angelas ke Malaysia. Kelihatan seorang gadis cantik molek sedang duduk bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai. Otak peguam yang bergeliga itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki. Gadis yang dalam keletihan & penat tidak berminat & dengan sopan santun ditolak permintaan peguam tersebut. Peguam berasa tidak puas hati & berasa direndah-rendahkan maka diajaknya gadis untuk menjawap teka-tekinya.

Peguam berkata, "saya tanya satu Teka-teki, jika u dapat jawap I pay u RM500 but if u tak dapat jawap u only pay me RM5.00 !!! amacam?

Maka gadis tersebut menerima cabaran peguam tanpa segan-silu.

Peguam terus memulakan teka-teki yang pertama : "Berapa jauh jarak diantara Bumi dan bulan??"

Gadis tersebut diam dengan selamba membuka dompetnya mengeluarkan wang RM5.00 menyerahkan kepada peguam tanda kalah.

"Sekarang giliran u", cabar peguam! ..

Maka gadis acuh tak acuh bertanya : "Apakah haiwan yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki"

Peguam tersebut terus mengeluarkan komputer dari begnya dan terus mencari maklumat, tiada jawapan... Dia terus memasangkan Modem dan mencari dalam internet ..tiada jawapan .Dengan putus asa, peluang terakhir dia mengirim e-mail kepada setiap kawanya yang bekerja sebagai doktor, lawyer, scientice, arkitek, namun tiada yang dapat menolongnya.

Setelah sejam bergelut untuk mendapatkan jawapan akhirnya peguam tersebut mengaku kalah dan mengejutkan gadis yang telah tertidur dan menyerahkan RM500.00 tanda kalah.

Dengan perasaan ingin tahu, peguam bertanya apakah jawapan untuk teka-teki tadi?

Dengan selamba, gadis itu membuka dompetnya dan mengeluarkan duit RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tersebut dan menjawap : "Tidak Tahu"

Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak - Peguam Pun Kena Tipu 







SUMBER : www.kahkahkah.mnazman.com

Thursday, April 28, 2011

Persahabatan mungkin jadi Perhubungan, tapi bolehkah Perhubungan jadi Persahabatan???



Dh lama rasanya tak meng'update' blog neh...nak teruskn cter 'Hati Ini Milik Siapa' cam tak da idea lak..besa lah..tengah ketandusan idea..so, cari-cari idea nak tulis sal apa, terjumpa satu topik yang dah lama sebenarnya saya nak tanya.. PERSAHABATAN yang terjalin mungkin boleh menjurus kepada tercetusnya PERHUBUNGAN.. Tapi boleh tak PERHUBUNGAN kembali kepada PERSAHABATAN???

Hmm...kebanyakkan perhubungan dicetuskan dengan unsur persahabatan kan? ramai antara kita yang akan ambil langkah awal dengan mula berkenalan dan berkawan. Bila dah kenal hati budi masing-masing, dah tertarik dengan keistimewaan masing-masing, barulah hubungan tercetus. Ada jugak yang mula dengan adik-beradik angkat neh dan seterusnya kepada perhubungan.

Waktu perhubungan mula menguntum bunga tu, pergghh, suma rasa indah ja kan.. suma yg 'psgn' lakukan tu betul ja..tak da yang salah. dan kalau dia yang bersalah pon, pasti kita ja yang sanggup mengaku salah kita..maklumlah, tkot si dia merajuk.. bukan main masing2 jaga hati dan perasaan 'psgn2' kn...

tapi macam besalah..lautan tak sepi dari ombak, hubungan mna yang bahagia tanpa dugaan kn..ada yg berjaya 'pass' halangan tu.. dn ada juga yg terkandas di tengah jalan..bila terkandas neh, wujud masalah lain plak. ada orang kata, kembalilah ke pangkal jalan.. tapi, bolehkah kita kembali bila sesuatu tu dah terjadi lebih daripada yang sebelum neh?

Boleh tak kita kembali kepada persahabatan yang kita bina sebelum neh? pasti ada yang boleh dan ada juga yang tak boleh...kadang-kadang mesti rasa janggal juga nak brkawan dengan orang yang kita anggap lebih dari kawan kan.. ada juga yang tak bleh kembali kepada persahabatan sebab masih simpan rasa dendam pada pasangannya.. maklumlah, setelah hampir suma kasih sayang, perasaan dicurahkan, ianya hanya tinggal sebagai kenangan..bila jumpa, masing-masing rasa malu, rasa marah.. masing-masing akan salahkan pasangannya.. jadi pendek kata, memang susah lah nak kembali kepada persahabatan bila perhubungan dah terjalin...

Post ini berdasarkan pengalaman dan cerita daripada kawan-kawan..sebab ada yg mnta pndapat n juga nasihat tentang tajuk ni.. 4 me lah, its up to u..kalu korang rasa korang bley kembali kpd persahabatan, just do it.. mcm 'orang' selalu pesan, kawan biar beribu, berkasih biar satu... Kepada kawan yang pernah jadi lebih dari tu, apa kata lupakan kisah semalam dan mulakan hidup baru..anggaplah kawan(ex anda) tu baru saja anda kenal..mungkin susah tapi tak mustahil kan..

ini hanyalah pendapat saya...bagaimana dengan anda???






Thursday, April 7, 2011

Hati Ini Milik Siapa? (episod 6)

Pastikan anda menekan butang 'play' di video bawah ini sebelum meneruskan pembacaan...


Hirman menjenguk ke luar tingkap. Air matanya berderai tatkala dia melihat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semakin jauh dan kabur. “Man, kamu nak balik rumah dulu ka? Atau kamu nak terus tengok Nur?” Mak Erma tiba-tiba bersuara. “Man nak jumpa dengan Nur dulu,” ringkas sahaja Hirman menjawab. Kereta Perdana yang dibawa Pak Ramlan meluncur laju di lebuh raya menuju ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sebenarnya, Hirman telah membuat keputusan drastik untuk menangguhkan pengajiannya buat sementara waktu.  Hirman mengesat air matanya dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Namun kesan tangisan membuatkan matanya sedikit bengkak. Sebaik sahaja meletakkan kereta, mereka ternampak akan kelibat Ustaz Amirul yang berlari-lari anak menuju ke dalam hospital bagaikan  sesuatu telah berlaku. Merasakan ada sesuatu yang buruk berlaku pada Nur, Hirman sekeluarga bergegas mengekori Ustaz Amirul. Namun, sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke dalam hospital, kelibat ustaz itu hilang. Puas mereka mencari namun tidak dijumpai. Hirman mengeluh, bagaikan sudah berputus asa. Ketika itulah dia terlihat akan seorang pesakit yang dibawa ke bilik pembedahan. Susuk tubuh orang yang menemaninya ke bilik pembedahan kelihatan seperti Ustaz Amirul. Bagaikan dipaksa, Hirman berlari ke arah pesakit itu. Ditolaknya orang yang menghalang laluannya itu.  Orang ramai yang berada di situ hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak muda itu. Buat seketika, Hirman menarik nafas lega apabila pesakit tersebut bukanlah Nur seperti yang ditakuti. Namun kelegaannya tidak bertahan lama. Tidak lama selepas itu, kelihatan beberapa orang doktor dan jururawat  bergegas ke sebuah wad. Dan mengekori mereka dari belakang ialah Ustaz Amirul. Belum sempat Hirman mendapatkan ustaz itu, Mak Erma mendapatkannya dahulu. “Man, dengar kata Nur ada masalah tu. Mungkin perlu operate hari ni juga,” Mak Erma memberitahu dengan tergesa-gesa. Tersentak dengan berita itu, air mata anaknya itu kembali mengalir. Sekejap sahaja selepas itu, kelihatan Nur yang tidak bermaya dibawa ke dalam bilik pembedahan. Ustaz Amirul yang terkejut dengan kehadiran Hirman, terus mendekati anak muda itu. “Man, bukankah kamu sepatutnya dah berlepas ke Russia? Apa yang kamu buat kat sini?” tanya Ustaz Amirul dalam nada tergesa-gesa. Hirman hanya berdiam.Hanya aliran air matanya saja yang bertambah laju. 

Pak Ramlan kemudiannya menjelaskan perkara tersebut kepada Ustaz Amirul.  “Ustaz, sebenarnya ada banyak benda yang ustaz tak tahu. Dan saya rasa dah sampai masanya saya beritahu ustaz. Sebenarnya, saya dapat rasakan yang Hirman tu dah mula sayangkan Nur, anak ustaz tu. Walaupun sekejap saja diorang berjumpa, namun saya dapat lihat perubahan dalam diri anak saya tu. Walaupun Hirman masih tak nak mengaku tentang perasaannya tu, sebagai orang tuanya, saya faham akan perasaan yang mula menghambat jiwanya tu. Untuk pengetahuan ustaz juga, anak saya tu baru saja menangguhkan pengajiannya di Russia tu. Mesti ustaz tertanya-tanya atas sebab apa kan? Saya rasa ustaz mampu mengagaknya,” Pak Ramlan menjelaskan secara hati ke hati. “Ouh. Macam tu rupanya. Sebenarnya, Nur pun ada berubah semenjak berjumpa dengan Man tu. Saya pun x pasti kenapa tapi saya rasa dia juga sayang pada Hirman tu. Sampaikan kelmarin dia tak menjamah sedikit makanan pun. Mungkin sebab Man akan ke Russia dan mungkin sebab mereka tak kan berjumpa lagi selepas ni,” Ustaz Amirul bersuara. “Tak kan berjumpa lagi selepas ini?” Hirman tiba-tiba mencelah. “Entah lah Man. Nur pernah cakap yang dia rasa umurnya tak panjang. Sebab tu dia tak nak mendirikan rumah tangga. Takut-takut pemergiannya nanti menyusahkan bakal suaminya tu,” Ustaz Amirul menjawab walaupun agak sedikit keberatan. Mendengarkan jawapan ayah Nur, Hirman terus terduduk. Kepedihan yang mengguris hatinya itu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mak Erma terus memeluk anak lelakinya itu dan membisikkan kata-kata semangat.  

Setelah hampir empat jam menunggu, lampu di bilik pembedahan dipadamkan menandakan pembedahan tersebut telah tamat. Sama ada Nur selamat atau tidak masih lagi menjadi tanda tanya. Tidak lama selepas itu, seorang doktor keluar dari bilik itu. Sambil menanggalkan penutup mulutnya, dia menghampiri Ustaz Amirul. Jantung Hirman berdegup kencang. Debaran kian terasa. Bagaimanakah keadaan Nur? Selamat atau tidak?