Thursday, April 7, 2011

Hati Ini Milik Siapa? (episod 6)

Pastikan anda menekan butang 'play' di video bawah ini sebelum meneruskan pembacaan...


Hirman menjenguk ke luar tingkap. Air matanya berderai tatkala dia melihat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semakin jauh dan kabur. “Man, kamu nak balik rumah dulu ka? Atau kamu nak terus tengok Nur?” Mak Erma tiba-tiba bersuara. “Man nak jumpa dengan Nur dulu,” ringkas sahaja Hirman menjawab. Kereta Perdana yang dibawa Pak Ramlan meluncur laju di lebuh raya menuju ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sebenarnya, Hirman telah membuat keputusan drastik untuk menangguhkan pengajiannya buat sementara waktu.  Hirman mengesat air matanya dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Namun kesan tangisan membuatkan matanya sedikit bengkak. Sebaik sahaja meletakkan kereta, mereka ternampak akan kelibat Ustaz Amirul yang berlari-lari anak menuju ke dalam hospital bagaikan  sesuatu telah berlaku. Merasakan ada sesuatu yang buruk berlaku pada Nur, Hirman sekeluarga bergegas mengekori Ustaz Amirul. Namun, sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke dalam hospital, kelibat ustaz itu hilang. Puas mereka mencari namun tidak dijumpai. Hirman mengeluh, bagaikan sudah berputus asa. Ketika itulah dia terlihat akan seorang pesakit yang dibawa ke bilik pembedahan. Susuk tubuh orang yang menemaninya ke bilik pembedahan kelihatan seperti Ustaz Amirul. Bagaikan dipaksa, Hirman berlari ke arah pesakit itu. Ditolaknya orang yang menghalang laluannya itu.  Orang ramai yang berada di situ hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak muda itu. Buat seketika, Hirman menarik nafas lega apabila pesakit tersebut bukanlah Nur seperti yang ditakuti. Namun kelegaannya tidak bertahan lama. Tidak lama selepas itu, kelihatan beberapa orang doktor dan jururawat  bergegas ke sebuah wad. Dan mengekori mereka dari belakang ialah Ustaz Amirul. Belum sempat Hirman mendapatkan ustaz itu, Mak Erma mendapatkannya dahulu. “Man, dengar kata Nur ada masalah tu. Mungkin perlu operate hari ni juga,” Mak Erma memberitahu dengan tergesa-gesa. Tersentak dengan berita itu, air mata anaknya itu kembali mengalir. Sekejap sahaja selepas itu, kelihatan Nur yang tidak bermaya dibawa ke dalam bilik pembedahan. Ustaz Amirul yang terkejut dengan kehadiran Hirman, terus mendekati anak muda itu. “Man, bukankah kamu sepatutnya dah berlepas ke Russia? Apa yang kamu buat kat sini?” tanya Ustaz Amirul dalam nada tergesa-gesa. Hirman hanya berdiam.Hanya aliran air matanya saja yang bertambah laju. 

Pak Ramlan kemudiannya menjelaskan perkara tersebut kepada Ustaz Amirul.  “Ustaz, sebenarnya ada banyak benda yang ustaz tak tahu. Dan saya rasa dah sampai masanya saya beritahu ustaz. Sebenarnya, saya dapat rasakan yang Hirman tu dah mula sayangkan Nur, anak ustaz tu. Walaupun sekejap saja diorang berjumpa, namun saya dapat lihat perubahan dalam diri anak saya tu. Walaupun Hirman masih tak nak mengaku tentang perasaannya tu, sebagai orang tuanya, saya faham akan perasaan yang mula menghambat jiwanya tu. Untuk pengetahuan ustaz juga, anak saya tu baru saja menangguhkan pengajiannya di Russia tu. Mesti ustaz tertanya-tanya atas sebab apa kan? Saya rasa ustaz mampu mengagaknya,” Pak Ramlan menjelaskan secara hati ke hati. “Ouh. Macam tu rupanya. Sebenarnya, Nur pun ada berubah semenjak berjumpa dengan Man tu. Saya pun x pasti kenapa tapi saya rasa dia juga sayang pada Hirman tu. Sampaikan kelmarin dia tak menjamah sedikit makanan pun. Mungkin sebab Man akan ke Russia dan mungkin sebab mereka tak kan berjumpa lagi selepas ni,” Ustaz Amirul bersuara. “Tak kan berjumpa lagi selepas ini?” Hirman tiba-tiba mencelah. “Entah lah Man. Nur pernah cakap yang dia rasa umurnya tak panjang. Sebab tu dia tak nak mendirikan rumah tangga. Takut-takut pemergiannya nanti menyusahkan bakal suaminya tu,” Ustaz Amirul menjawab walaupun agak sedikit keberatan. Mendengarkan jawapan ayah Nur, Hirman terus terduduk. Kepedihan yang mengguris hatinya itu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mak Erma terus memeluk anak lelakinya itu dan membisikkan kata-kata semangat.  

Setelah hampir empat jam menunggu, lampu di bilik pembedahan dipadamkan menandakan pembedahan tersebut telah tamat. Sama ada Nur selamat atau tidak masih lagi menjadi tanda tanya. Tidak lama selepas itu, seorang doktor keluar dari bilik itu. Sambil menanggalkan penutup mulutnya, dia menghampiri Ustaz Amirul. Jantung Hirman berdegup kencang. Debaran kian terasa. Bagaimanakah keadaan Nur? Selamat atau tidak?

3 comments:

straniero rz said...

tak selamat:]

nway. congrat! maju lg!:D oh dan hay, ak org first cmment. oyeh~:P

mohd safwan said...

haha..ang neh..ngtif btol la..bg la slmt kew..haha..yea2..thniah2..dn aq nk mlwt blog ang plak la..dn mnjd org prtma bg komen..hi2:)

straniero rz said...

ahai. birlah tak slamat. barulah dramatik dan diplomatik (<--ini merepek) skit. hahaxD oh. stgi ak check. pstikan komen ang tu bes. kalau tak ak delete;> hahaxP

Post a Comment