Thursday, April 28, 2011

Persahabatan mungkin jadi Perhubungan, tapi bolehkah Perhubungan jadi Persahabatan???



Dh lama rasanya tak meng'update' blog neh...nak teruskn cter 'Hati Ini Milik Siapa' cam tak da idea lak..besa lah..tengah ketandusan idea..so, cari-cari idea nak tulis sal apa, terjumpa satu topik yang dah lama sebenarnya saya nak tanya.. PERSAHABATAN yang terjalin mungkin boleh menjurus kepada tercetusnya PERHUBUNGAN.. Tapi boleh tak PERHUBUNGAN kembali kepada PERSAHABATAN???

Hmm...kebanyakkan perhubungan dicetuskan dengan unsur persahabatan kan? ramai antara kita yang akan ambil langkah awal dengan mula berkenalan dan berkawan. Bila dah kenal hati budi masing-masing, dah tertarik dengan keistimewaan masing-masing, barulah hubungan tercetus. Ada jugak yang mula dengan adik-beradik angkat neh dan seterusnya kepada perhubungan.

Waktu perhubungan mula menguntum bunga tu, pergghh, suma rasa indah ja kan.. suma yg 'psgn' lakukan tu betul ja..tak da yang salah. dan kalau dia yang bersalah pon, pasti kita ja yang sanggup mengaku salah kita..maklumlah, tkot si dia merajuk.. bukan main masing2 jaga hati dan perasaan 'psgn2' kn...

tapi macam besalah..lautan tak sepi dari ombak, hubungan mna yang bahagia tanpa dugaan kn..ada yg berjaya 'pass' halangan tu.. dn ada juga yg terkandas di tengah jalan..bila terkandas neh, wujud masalah lain plak. ada orang kata, kembalilah ke pangkal jalan.. tapi, bolehkah kita kembali bila sesuatu tu dah terjadi lebih daripada yang sebelum neh?

Boleh tak kita kembali kepada persahabatan yang kita bina sebelum neh? pasti ada yang boleh dan ada juga yang tak boleh...kadang-kadang mesti rasa janggal juga nak brkawan dengan orang yang kita anggap lebih dari kawan kan.. ada juga yang tak bleh kembali kepada persahabatan sebab masih simpan rasa dendam pada pasangannya.. maklumlah, setelah hampir suma kasih sayang, perasaan dicurahkan, ianya hanya tinggal sebagai kenangan..bila jumpa, masing-masing rasa malu, rasa marah.. masing-masing akan salahkan pasangannya.. jadi pendek kata, memang susah lah nak kembali kepada persahabatan bila perhubungan dah terjalin...

Post ini berdasarkan pengalaman dan cerita daripada kawan-kawan..sebab ada yg mnta pndapat n juga nasihat tentang tajuk ni.. 4 me lah, its up to u..kalu korang rasa korang bley kembali kpd persahabatan, just do it.. mcm 'orang' selalu pesan, kawan biar beribu, berkasih biar satu... Kepada kawan yang pernah jadi lebih dari tu, apa kata lupakan kisah semalam dan mulakan hidup baru..anggaplah kawan(ex anda) tu baru saja anda kenal..mungkin susah tapi tak mustahil kan..

ini hanyalah pendapat saya...bagaimana dengan anda???






Thursday, April 7, 2011

Hati Ini Milik Siapa? (episod 6)

Pastikan anda menekan butang 'play' di video bawah ini sebelum meneruskan pembacaan...


Hirman menjenguk ke luar tingkap. Air matanya berderai tatkala dia melihat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semakin jauh dan kabur. “Man, kamu nak balik rumah dulu ka? Atau kamu nak terus tengok Nur?” Mak Erma tiba-tiba bersuara. “Man nak jumpa dengan Nur dulu,” ringkas sahaja Hirman menjawab. Kereta Perdana yang dibawa Pak Ramlan meluncur laju di lebuh raya menuju ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sebenarnya, Hirman telah membuat keputusan drastik untuk menangguhkan pengajiannya buat sementara waktu.  Hirman mengesat air matanya dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Namun kesan tangisan membuatkan matanya sedikit bengkak. Sebaik sahaja meletakkan kereta, mereka ternampak akan kelibat Ustaz Amirul yang berlari-lari anak menuju ke dalam hospital bagaikan  sesuatu telah berlaku. Merasakan ada sesuatu yang buruk berlaku pada Nur, Hirman sekeluarga bergegas mengekori Ustaz Amirul. Namun, sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke dalam hospital, kelibat ustaz itu hilang. Puas mereka mencari namun tidak dijumpai. Hirman mengeluh, bagaikan sudah berputus asa. Ketika itulah dia terlihat akan seorang pesakit yang dibawa ke bilik pembedahan. Susuk tubuh orang yang menemaninya ke bilik pembedahan kelihatan seperti Ustaz Amirul. Bagaikan dipaksa, Hirman berlari ke arah pesakit itu. Ditolaknya orang yang menghalang laluannya itu.  Orang ramai yang berada di situ hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak muda itu. Buat seketika, Hirman menarik nafas lega apabila pesakit tersebut bukanlah Nur seperti yang ditakuti. Namun kelegaannya tidak bertahan lama. Tidak lama selepas itu, kelihatan beberapa orang doktor dan jururawat  bergegas ke sebuah wad. Dan mengekori mereka dari belakang ialah Ustaz Amirul. Belum sempat Hirman mendapatkan ustaz itu, Mak Erma mendapatkannya dahulu. “Man, dengar kata Nur ada masalah tu. Mungkin perlu operate hari ni juga,” Mak Erma memberitahu dengan tergesa-gesa. Tersentak dengan berita itu, air mata anaknya itu kembali mengalir. Sekejap sahaja selepas itu, kelihatan Nur yang tidak bermaya dibawa ke dalam bilik pembedahan. Ustaz Amirul yang terkejut dengan kehadiran Hirman, terus mendekati anak muda itu. “Man, bukankah kamu sepatutnya dah berlepas ke Russia? Apa yang kamu buat kat sini?” tanya Ustaz Amirul dalam nada tergesa-gesa. Hirman hanya berdiam.Hanya aliran air matanya saja yang bertambah laju. 

Pak Ramlan kemudiannya menjelaskan perkara tersebut kepada Ustaz Amirul.  “Ustaz, sebenarnya ada banyak benda yang ustaz tak tahu. Dan saya rasa dah sampai masanya saya beritahu ustaz. Sebenarnya, saya dapat rasakan yang Hirman tu dah mula sayangkan Nur, anak ustaz tu. Walaupun sekejap saja diorang berjumpa, namun saya dapat lihat perubahan dalam diri anak saya tu. Walaupun Hirman masih tak nak mengaku tentang perasaannya tu, sebagai orang tuanya, saya faham akan perasaan yang mula menghambat jiwanya tu. Untuk pengetahuan ustaz juga, anak saya tu baru saja menangguhkan pengajiannya di Russia tu. Mesti ustaz tertanya-tanya atas sebab apa kan? Saya rasa ustaz mampu mengagaknya,” Pak Ramlan menjelaskan secara hati ke hati. “Ouh. Macam tu rupanya. Sebenarnya, Nur pun ada berubah semenjak berjumpa dengan Man tu. Saya pun x pasti kenapa tapi saya rasa dia juga sayang pada Hirman tu. Sampaikan kelmarin dia tak menjamah sedikit makanan pun. Mungkin sebab Man akan ke Russia dan mungkin sebab mereka tak kan berjumpa lagi selepas ni,” Ustaz Amirul bersuara. “Tak kan berjumpa lagi selepas ini?” Hirman tiba-tiba mencelah. “Entah lah Man. Nur pernah cakap yang dia rasa umurnya tak panjang. Sebab tu dia tak nak mendirikan rumah tangga. Takut-takut pemergiannya nanti menyusahkan bakal suaminya tu,” Ustaz Amirul menjawab walaupun agak sedikit keberatan. Mendengarkan jawapan ayah Nur, Hirman terus terduduk. Kepedihan yang mengguris hatinya itu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mak Erma terus memeluk anak lelakinya itu dan membisikkan kata-kata semangat.  

Setelah hampir empat jam menunggu, lampu di bilik pembedahan dipadamkan menandakan pembedahan tersebut telah tamat. Sama ada Nur selamat atau tidak masih lagi menjadi tanda tanya. Tidak lama selepas itu, seorang doktor keluar dari bilik itu. Sambil menanggalkan penutup mulutnya, dia menghampiri Ustaz Amirul. Jantung Hirman berdegup kencang. Debaran kian terasa. Bagaimanakah keadaan Nur? Selamat atau tidak?

Wednesday, April 6, 2011

Sahabat,
Telah banyak yang kita tempuhi bersama,
Suka duka, pahit manis kehidupan,
Itulah yang menghiasi keakraban hubungan kita,
Namun, ianya tidak langsung menjejaskan hubungan ini,
Kerna hubungan ini dibina atas paksi yang kukuh,
Iaitu paksi persahabatan....


Sahabat,
Walau ujian datang bersilih-ganti,
Pertalian kita tetap utuh,
Tak goyah ditiup kekencangan angin,
Tak rosak dibuai hujan,
Tak kendur di bawah terik mentari,
Sedarkah anda kenapa,
 Kerna ianya dibina berasaskan kepercyaan...


Sahabat, 
Masa lah yang telah menemukan kita,
Dan masa jua lah yang akan memisahkan kita,
Namun ingatlah,
Masa tidak pernah memutuskan hubungan ini,
Kerna tiada apa yang mampu menghancurkan hubungan ini,
Seandainya kita semua saling bersatu,
Tiada apa yang mampu merosakkan pertalian ini,
Seandainya hati kita tetap berpadu...


                                                                       originally made by :
                                                                       Mohd Safwan Rosli

Perjuangan Generasi Kini

Wahai generasiku,
Perjuangan kita masih belum selesai,
Bahkan ianya baru bermula,
Perjuangan kita masih panjang,
Usah diragu kemampuan diri,
Jangan disangkal kebolehan insani,
Pandailah memilih jalan,
Supaya tidak terkandas di tengah lautan,


Ingatlah wahai generasiku,
Hidup kita bukan sekadar permainan dunia,
Bahkan kitalah yang akan menentukan hala tujunya,
Tanggungjawab memimpin terletak di bahu kita,
Sejauh mana harapan golongan terdahulu mampu kita laksanakan?
Tidak mustahil untuk kita mengatasi sasaran,
Bukan masalah bagi kita untuk merealisasikan impian,
Andai segala harapan diterjemahkan dalam bentuk usaha,
Pasti ianya akan berbuah menguntum bunga.


Sedarilah generasiku,
Dunia bukan seperti yang kita idamkan,
Namun tidak mustahil untuk menjadikannya seperti yang kita harapkan,
Andai segala tenaga digembleng bersama,
Pasti ianya wujud di alam nyata..


Wahai generasiku,
Sahutlah seruan ini,
Sambutlah tangan ini,
Serapkanlah semangat ini,
Bersamalah kita merencanakan misi,
Menjadikan Malaysia negara yang disegani...


                                                                                     originally made by :
                                                                                     Mohd Safwan Rosli

Monday, April 4, 2011

Hidup ini bukan seperti dedaun,
Gugurnya tanpa disangka,
Ditiup angin entah ke mana,
Jauh merantau tanpa rela,
Akhirnya singgah di lantai dunia...


Hidup ini bukan seperti awan,
Bebas bergerak ke mana saja,
Merentasi dunia dengan bersahaja,
Tanpa bertemu pengakhiran yang nyata...


Namun begitu....


Hidup ini seperti bola,
Berada di atas suatu anugerah,
Berada di bawah adanya hikmah,
Asalkan diri tidak mengalah,
Kejayaan yang diidam pasti berbuah..


Hidup ini umpama lautan,
Wujudnya gelora menghapuskan ketenangan,
Jangan diharapkan kesenangan berterusan,
Kerana hidup tidak seperti yang diimpikan..



                                                                         originally made by :
                                                                         Mohd Safwan Rosli