Thursday, October 13, 2011

ALANGKAH INDAHNYA SENYUMAN ANDA :-)




            Assalamualaikum kepada saudara dan saudari yang sudi melapangkan diri membaca entry saya pada kali ini. Semoga entry kali ini dapat mengubah  hidup kita ke arah yang lebih baik, di dunia dan di akhirat. Berpaksikan kepada tajuk yang terserlah di atas, pasti anda dapat mengagak perkara pokok yang akan saya kupaskan kali ini. Semuanya berkenaan senyuman.

             Cuba kita lihat kembali dalam kehidupan seharian kita. Apabila anda terserempak dengan adik, kakak, abang, pakcik atau sesiapa saja yang bermuka masam, langsung tidak membalas senyuman anda. Pasti jauh di sudut hati anda akan berkata ; “eh akak neh, sombong betul. Harap muka saja lawa tapi senyum pun kedekut!”  atau “ alahai budak neh, orang senyum dia buat jual mahal pula. Ingat dia hotstuff sangat la kot”. Kadang-kadang ada juga pakcik yang berketayap yang buat macam tu. Apa lagi pasti ada yang terdetik “ek eleh pakcik neh, Nampak baik je, pakai ketayap, baju jubah tapi nak senyum pun malas. Dah banyak pahala kot sampai tak nak sedekah senyuman neh”.  Kadang-kadang jahat juga hati manusia sampai berkata-kata macam tu. Last sekali, yang tak senyum tu dapat pahala, yang senyum neh pula bercampur dosa dan pahala. Alahai, itulah realiti kehidupan.

Saudara-saudari sekalian,
                Susahkah untuk kita senyum? Best sangat kah  untuk kita bermuncung mulut, bermuka masam? Rasanya tak. Cuba kita bayangkan kalau seharian kita bermuncung mulut, pasti hati tak tenteram dan mulut pun pasti lenguh kan. Tapi kalau kita senyum tatkala berselisish dengan orang ramai kan manis. Pahala kita dapat, hati orang pun gembira, mulut tak lenguh dan ajaibnya hati kita akan tenang. Kalau tak percaya, cuba anda cuba buat.

Sahabat sekalian,
                 Senyuman ini adalah sedekah-satu fakta yang semua orang tahu. Tapi berapa ramaikah yang mempraktikkannya? Kita belajar dan faham tapi kita tak amalkan, apa kesudahannya? Hilang macam tu saja kan. Kalau kita lihat kat media massa pun, dah banyak iklan, poster, kempen yang dianjurkan untuk menggalakkan kita senyum. Ni bukti betapa pentingnya senyuman dalam hidup. Orang yang kurang comel pun kalau senyum boleh jadi comel tau. Ini apatah lagi kalau orang yang rupa pun dah macam bidadari, kalau senyum pasti orang tak kan lupa. Sebenarnya paras rupa bukanlah erti sebenar kecantikan yang dicari tapi kejelitaan hati yang murni adalah berpaksikan kepada personaliti dan tingginya peribadi. Ada orang yang cantik tapi jarang senyum, jelitakah dia? Ada orang yang biasa tapi gemar memberikan senyum, burukkah dia?  Renung-renungkan lah…

                 Senyuman bukan sekadar sedekah tetapi solusi kepada masalah hati. Dengan hanya mengukir senyuman, hati kita akan tenang dan hati orang lain akan gembira. Itulah kuasa senyuman. Perbuatan yang teramat mudah dilakukan tapi hasilnya mengubah emosi  anda. Apabila emosi dalam keadaan stabil, kerja yang dilakukan juga akan lebih produktif dan hasilnya juga lebih berkualiti. Jadi tak perlu anda bersusah payah mencari dan membayar ‘private caunselor’  untuk menenangkan anda.  Yang perlu anda lakukan hanya senyum seikhlas hati. Wallahualam…







1 comments:

nani said...

a'ah...senyum tu buat kita tenang dalam menjalni hidup :D

Post a Comment