Pages

Tuesday, October 18, 2011

Chemistry's topic for semester 2 (Uitm Puncak Alam)

Chemistry's topic for semester 2 (Uitm Puncak Alam)

1. Chemical Kinetics
2. Chemical Equilibrium
3. Acids and Bases
4. Electrochemistry
5. Organic Chemistry

Lab Sessions:
1.Determination of reaction order
2. Application of Le Chatelier's principle
3. Acid base titration curve
4. Redox titration
5. Galvanic cells
6. Reactions involving alkanes and alkenes
7. Reactions involving alcohols, aldehydes, ketones and carboxylic acid




source : Miss Hairunnisa (lecturer)
http://fast2earn.com/-57344.htm

Thursday, October 13, 2011

ALANGKAH INDAHNYA SENYUMAN ANDA :-)




            Assalamualaikum kepada saudara dan saudari yang sudi melapangkan diri membaca entry saya pada kali ini. Semoga entry kali ini dapat mengubah  hidup kita ke arah yang lebih baik, di dunia dan di akhirat. Berpaksikan kepada tajuk yang terserlah di atas, pasti anda dapat mengagak perkara pokok yang akan saya kupaskan kali ini. Semuanya berkenaan senyuman.

             Cuba kita lihat kembali dalam kehidupan seharian kita. Apabila anda terserempak dengan adik, kakak, abang, pakcik atau sesiapa saja yang bermuka masam, langsung tidak membalas senyuman anda. Pasti jauh di sudut hati anda akan berkata ; “eh akak neh, sombong betul. Harap muka saja lawa tapi senyum pun kedekut!”  atau “ alahai budak neh, orang senyum dia buat jual mahal pula. Ingat dia hotstuff sangat la kot”. Kadang-kadang ada juga pakcik yang berketayap yang buat macam tu. Apa lagi pasti ada yang terdetik “ek eleh pakcik neh, Nampak baik je, pakai ketayap, baju jubah tapi nak senyum pun malas. Dah banyak pahala kot sampai tak nak sedekah senyuman neh”.  Kadang-kadang jahat juga hati manusia sampai berkata-kata macam tu. Last sekali, yang tak senyum tu dapat pahala, yang senyum neh pula bercampur dosa dan pahala. Alahai, itulah realiti kehidupan.

Saudara-saudari sekalian,
                Susahkah untuk kita senyum? Best sangat kah  untuk kita bermuncung mulut, bermuka masam? Rasanya tak. Cuba kita bayangkan kalau seharian kita bermuncung mulut, pasti hati tak tenteram dan mulut pun pasti lenguh kan. Tapi kalau kita senyum tatkala berselisish dengan orang ramai kan manis. Pahala kita dapat, hati orang pun gembira, mulut tak lenguh dan ajaibnya hati kita akan tenang. Kalau tak percaya, cuba anda cuba buat.

Sahabat sekalian,
                 Senyuman ini adalah sedekah-satu fakta yang semua orang tahu. Tapi berapa ramaikah yang mempraktikkannya? Kita belajar dan faham tapi kita tak amalkan, apa kesudahannya? Hilang macam tu saja kan. Kalau kita lihat kat media massa pun, dah banyak iklan, poster, kempen yang dianjurkan untuk menggalakkan kita senyum. Ni bukti betapa pentingnya senyuman dalam hidup. Orang yang kurang comel pun kalau senyum boleh jadi comel tau. Ini apatah lagi kalau orang yang rupa pun dah macam bidadari, kalau senyum pasti orang tak kan lupa. Sebenarnya paras rupa bukanlah erti sebenar kecantikan yang dicari tapi kejelitaan hati yang murni adalah berpaksikan kepada personaliti dan tingginya peribadi. Ada orang yang cantik tapi jarang senyum, jelitakah dia? Ada orang yang biasa tapi gemar memberikan senyum, burukkah dia?  Renung-renungkan lah…

                 Senyuman bukan sekadar sedekah tetapi solusi kepada masalah hati. Dengan hanya mengukir senyuman, hati kita akan tenang dan hati orang lain akan gembira. Itulah kuasa senyuman. Perbuatan yang teramat mudah dilakukan tapi hasilnya mengubah emosi  anda. Apabila emosi dalam keadaan stabil, kerja yang dilakukan juga akan lebih produktif dan hasilnya juga lebih berkualiti. Jadi tak perlu anda bersusah payah mencari dan membayar ‘private caunselor’  untuk menenangkan anda.  Yang perlu anda lakukan hanya senyum seikhlas hati. Wallahualam…







Sunday, September 18, 2011

Belajarlah Menerima Takdir, Bukan Mempersoalkannya~


             Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada sesiapa yang membaca entry saya pada kali ini. Semoga penulisan saya pada kali ini dapat memberikan sedikit sebanyak kebaikan kepada kita, InsyaAllah. Alhamdulillah, pada kali ini Allah SWT telah membuka pintu hati saya untuk berkongsi dengan saudara dan saudari sekalian berkenaan suatu topik berkenaan realiti kehidupan.

             Sesungguhnya hidup kita ini tidak pernah sunyi daripada segala bentuk ujian. Kadang-kadang ada yang beranggapan hidup senang-lenang itu bukan ujian. Pabila kita melihat kehidupan orang yang berada, yang dilimpahi kemewahan dunia, yang tidak perlu bersusah-payah untuk mendapatkan sesuap nasi, pasti hati-hati kita merumuskan bahawa hidup mereka cukup bahagia. Sedangkan kita terpaksa kais pagi dan petang untuk mencari rezeki. Lantas hal ini menimbulkan rasa tidak senang dalam jiwa kita. Ini secara tak langsung akan pula membawa kepada berjangkitnya penyakit hati.

             Baiklah, itu hanya sebagai gambaran awal tentang apa yang akan saya kongsikan. Mungkin penulisan saya akan lebih tertumpu kepada perspektif seorang pelajar tetapi tidak salah andai dikongsikan dengan orang lain kerana selagi mana kita hidup, selagi itulah kita menjadi seorang pelajar ; belajar tentang ilmu agama, belajar tentang kehidupan, belajar dari kesalahan dan sebagainya. Okay, berbalik kepada tajuk kita, Belajarlah Menerima Takdir dan Bukan Mempersoalkannya,  saya yakin ramai antara kita yang faham akannya. Baiklah, cuba kita imbas kembali kisah kita, sepanjang kita menghembuskan nafas di muka bumi ini, sepanjang kita menjunjung langit Ilahi, pasti ada seketika kita diuji. Kadangkala ujian itu bersambung-sambung sehingga kita hampir-hampir berputus asa. Kadangkala ujian inilah yang meragut kesabaran kita. Tatkala marah menguasai hati dan sabar pula semakin memencilkan diri, pasti akan terdetik di hati kita untuk mula mempersoalkan takdir. Pasti ada yang mula mengungkit ; “ Arrgghh!! Study penat-penat pun bukan boleh berjaya!”. Ada pula yang berkata “Kalau dah takdir aku macam ni, sampai bila-bila pun tak kan berjaya. Bazir masa ja aku buat semua ni”. Tambah-tambah pabila result keluar dan tak mencapai ‘target’ kita, pasti ada yang terdetik “Uish, penat ja aku study malam-malam sampai tak tidur!” , “Aku dah study habis-habis, solat pun dah cukup waktu, tapi result still sama!”. Paling teruk ada yang sampai menyalahkan Allah SWT ; “Solat lima waktu aku dah buat, solat sunat hajat,dhuha,tahajjud semua aku dah lakukan, tapi Allah masih tak tolong-tolong”. Ini yang paling teruk, solat hanya semata-mata inginkan pertolongan Allah!

Sahabat sekalian,

Allah tidak pernah membebankan hambanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya seperti mana firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarrah, ayat 286 :


Ÿw ß#Ïk=s3ムª!$# $²¡øÿtR žwÎ) $ygyèóãr 4 $ygs9 $tB ôMt6|¡x. $pköŽn=tãur $tB ôMt6|¡tFø.$# 3 $oY­/u Ÿw !$tRõÏ{#xsè? bÎ) !$uZŠÅ¡®S ÷rr& $tRù'sÜ÷zr& 4 $oY­/u Ÿwur ö@ÏJóss? !$uZøŠn=tã #\ô¹Î) $yJx. ¼çmtFù=yJym n?tã šúïÏ%©!$# `ÏB $uZÎ=ö6s% 4 $uZ­/u Ÿwur $oYù=ÏdJysè? $tB Ÿw sps%$sÛ $oYs9 ¾ÏmÎ/ ( ß#ôã$#ur $¨Ytã öÏÿøî$#ur $oYs9 !$uZôJymö$#ur 4 |MRr& $uZ9s9öqtB $tRöÝÁR$$sù n?tã ÏQöqs)ø9$# šúï͍Ïÿ»x6ø9$# ÇËÑÏÈ  


286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".




Nah…sedangkan dalam Al-Quran Allah telah berfirman, berani pula kita mempersoalkannya.  Saudara sekalian, bukan tugas kita untuk mempersoalkan takdir tapi tugas kita adalah untuk belajar menerimanya dengan hati yang terbuka. Kita pandai menghafal rukun-rukun iman namun agak kekok untuk mempraktikkannya.mari kita selami  Rukun iman yang keenam: beriman kepada qada dan qadar. Sesungguhnya apa yang dibawa rasul-rasul Allah ada hikmahnya dalam kehidupan seharian. Mari kita Tanya pada diri kita, Berapa banyak kah antara kita yang betul-betul beriman kepada rukun tersebut? Alhamdulillah seandainya kita salah seorang daripada insan-insan yang terpilih.  

Sahabat sekalian,

Takdir yang telah dicorakkan Allah SWT sesuai dengan fitrah manusia. Seandainya kita terkandas di sesuatu persimpangan, usah gundah gulana. Cuma kita perlu yakin dan teruskan usaha disertai tawakal kepada Allah SWT, pasti persimpangan yang benar   akan muncul. Kegagalan kita hanyalah ujian untuk menilai sejauh mana ketinggian nilai iman kita. Janganlah pabila terjatuh, kita malas berdiri kembali. Biarlah kita terpaksa merangkak sekalipun, lambat laun kita pasti sampai di destinasi yang ditakdirkan Allah untuk kita. Andai kita tidak mampu menggenggam apa yang kita hajati, janganlah pula kita meraung duka. Sesungguhnya apa yang ditentukan Allah  adalah yang terbaik bagi kita. Marilah sama-sama kita  belajar menerimanya, bukan mempersoalkannya! Wallahualam~





Tuesday, August 9, 2011

Dilema Pelajar U : Antara Tarawikh dan Assignments??

Alhamdulillah..Ramadhan sudah berlalu hampir 10 hari dan ini juga menandakan kita akan meninggalkan 10 malam awal Ramadhan yang disebut sebagai malam makrifah. Sesungguhnya, bulan Ramadhan ini mendatangkan seribu satu kebaikan dan rahmat kurniaan Allah S.W.T. sama ada secara kita sedari ataupun tidak. Dan secara realitinya, puasa tidak langsung membebankan penganut Islam malah ianya merupakan satu kemuliaan kepada kita untuk mengimarahkan bulan ini. InsyaAllah, berbolak-balik kepada tajuk yang diutarakan di atas, saya yakin ramai di antara kita menghadapi dilema ini. Bukan sahaja pelajar universiti, malah pelajar sekolah dan golongan bekerja juga turut berhadapan dengan kemelut ini.

Apabila selesainya berbuka puasa dan menunaikan solat fardhu maghrib, pasti ramai antara kita akan berbaring sebentar sambil berfikir sejenak ; "hari ni cam banyak pula assignment nak siapkan. Esok dah kena submit. Tapi bila nak siapkan? kalu pergi tarawikh, balik tu mesti dah letih. Kalau x pergi rugi pula.". Ada juga yang akan berfikir sebegini ; "tarawikh sunat, tapi assgment wajib hantar. Tapi wajib-wajib pun dunia saja. Tarawikh pula boleh bawa akhirat. Macamna nak pilih neh?!!". Haa, saya yakin ramai yang dibelenggu dilema ini. Jadi apakah solusi terbaik bagi menghadapi masalah ini?

Secara umumnya,  tarawih bermaksud duduk istirehat setelah mengerjakan solat. Dalam erti kata lain, solat sunat tarawikh bermakna solat yang dilakukan dengan penuh rasa lapang di hati disertai dengan rasa gembira untuk mendekati Allah S.W.T. Hukum mengerjakan solat sunat tarawikh adalah sunat muakad (sunat yang sangat dituntut) bagi setiap muslimin dan muslimah untuk dikerjakan selepas solat isyak pada bulan ramadhan. Solat ini boleh dilakukan secara jemaah mahupun individu, tetapi lebih digalakkan untuk dilaksanakan secara berjemaah.Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang. Jadi bagaimanakah dengan kita?

Sahabat sekalian,Ramadhan cuma datang sekali sahaja dalam setahun dan belum tentu pada tahun hadapan kita dapat menjadi tetamunya. Cuma kita berfikir sejenak. Untuk menghadiri sesuatu majlis, hanya orang-orang yang terpilih saja yang mampu menghadirinya. Begitu juga dengan bulan Ramadhan ini. Begitu banyak orang yang ingin menjadi tetamunya lagi di masa hadapan namun bukan semua yang akan terpilih. Oleh itu, sebagai insan yang terpilih, tidak salah rasanya andai kita meluangkan sedikit masa kita, mengimarahkannya dengan amalan-amalan fardu dan sunat. Cuba fikirkan kembali : kita sanggup meluangkan masa melayari laman sosial seperti facebook, twitter bahkan tidak lokek bersembang dengan kawan-kawan. Tetapi untuk menunaikan solat tarawih, kita rasa teragak-agak malah ada yang merasakan solat tersebut terlalu lama. Padahal secara puratanya, solat tersebut hanya mengambil masa satu jam untuk dilaksanakan. Bahkan solat ini hanya perlu dilaksanakan dalam masa sebulan. Islam cukup mudah dan tuntuntan-tuntutannya pula tidak membebankan  tetapi kita sendiri yang menjadikannya satu bebanan.

Sahabat sekalian. Pasti ada antara kita yang terdesak untuk menyiapkan assignments mereka. Namun, harus diingat, Islam ini cukup mudah bagi umatnya. Solat tarawih boleh dilakukan sepanjang masa selepas solat isyak sehingga sebelum solat subuh. Saya yakin dalam kesibukan kita dengan tuntutan dunia, pasti akan ada sedikit masa terluang. Jadi, apa kata gunakan masa tersebut untuk menunaikannya? Saya pasti selepas solat tersebut, kita akan berasa lebih tenang dan InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T , kita akan lebih terbuka minda untuk menyiapkan assignments tersebut. Andai kita dapat menyiapkan assignments dan selesai solat tarawih, bukankah lebih untung bagi kita? Kehidupan dunia kita jaga, kehidupan akhirat pun insyaAllah berjaya.

Wahai sahabat seperjuangan, ambillah sedikit masa, lapangkanlah hati dan jiwa kita untuk menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T. Janganlah kita terlalu mengejar kehidupan dunia yang hanya sementara. Jadikanlah ibadah sunat sebagai pelengkap kepada ibadah fardhu. Sementara kita masih menjadi pilihan Allah bagi menjadi tetamu Ramadhan-Nya, gunakanlah masa yang ada untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Sesungguhnya, ibadah merupakan kunci kepada syurga. Sejauh mana kita ingin kembali ke syurga, semuanya terletak pada usaha dan tawakal kita.. Wallahualam. Ramadahan Karim :)

Friday, July 29, 2011

Lambaian Sinaran Ramadhan

Dalam kesibukan dunia mencari identiti,
Ada yang tersepit gagal berlari,
Ada yang berjaya mencapai solusi,
Ada yang  hilang dibuai arus mimpi,
Namun bukan itu yang ingin aku berkongsi,
Apa yang pasti sesuatu telah kembali..

Ramadhan,
Bulan yang penuh berkah,
Berkunjung tiba membawa sejuta rahmah,
Dari Ilahi untunk hamba-Nya,
Dari Pencipta kepada makhluk-Nya..

Aku pasti kalian juga mengetahuinya,
Bahkan lebih arif dari insan yang cuba berpesan tentangnya,
Tapi sejauh manakah usaha kita untuk menyambutnya,
Semuanya terletak di tangan  kita untuk mengimarahkannya.

Ramadhan,
Datang sebulan sekali cuma,
Membawa jutaan pahala untuk percuma,
Buat muslim mengabdikan diri kepada-Nya.

Wahai sahabat,
Mungkin aku tidak layak untuk berbicara,
Namun terdetik di hati aku untuk kita bersama,
Bersama memeriahkan bulan ini dengan ibadah dan doa,
Bersama mengimarahkannya menjauhkan dosa.

Wahai sahabat,
Marilah kita berpuasa untuk mencari redha-Nya,
Bukan hanya berpuasa untuk lapar dan dahaga,
Marilah wujudkan kembali puasa disinari takwa,
Bukan sekadar puasa lesu dan tak bermaya....


Ukhuwwah Fil'lah.....




                                                                                      originally made by :
                                                                                      Mohd Safwan Rosli

Wednesday, May 4, 2011

Kpop VS Justin Bieber!!!!



                       vs        









Haha..ini lah fenomena, histeria dunia hiburan sekarang neh kan.. Dulu, dengar saja Kpop nak datang Malaysia, berduyun-duyun orang (terutamanya remaja) sanggup beratur kat airport, semata-mata nak tengok bintang pujaan diorang tu. Tapi macam besa lah, boleh tengok sajalah, kalu dapat sentuh tu, miracle la kn. Jadi bintang-bintang Kpop neh boleh rasa senang hati lah dengan sambutan yang diorang dapat tu sebab diorang tak rasa diorang ada saingan. 


Tapi, time can change the situation kn.. Sekarang neh, muncul lak seorang remaja yang dah jadi kegilaan dan pencetus histeria anak-anak muda terutamanya yang girls lah. Sapa lagi kalau bukan Justin Bieber atau JB!! Dia neh muncul melalui youtube ja, tapi last2 dah jadi kegilaan dunia (maybe disebabkan bakat+kecomelan dia).. Senang cakap dia pon ada package jugak lah macam yg ada pada Kpop..





Kpop???


Kpop neh artis-artis dari Korea la kan.. Macam Shinee, Big Bang, 2PM, F.T.Island, Rain, Super Junior memang cukup popular lah di kalangan peminat girls... Kalau boys plak, group seperti SNSD, After School memang cukup mencairkan jiwa kejantanan sang lelaki lah. Maklumlah, macam kewajipan plak group Kpop neh mesti comel, cantik, smart, dan handsome!! Tengok sajalah fesyen baju diorang. Walaupun mahal atau susah nak cari, pasti fan2 diorang neh akan cari jugak.. Kpop neh juga popular sebab penampilan diorang jugak lah. Aku sendiri mengaku diorang memang smart dan style.. Baju dan rambut diorang memang kena dengan penampilan diorang. Boleh kata PERFECT lah penampilan diorang!!  Tapi diorang neh bukan sekadar artis yang tahu nyanyi saja.. Yang gempaknya, diorang neh pandai menari juga. Tarian diorang walaupun kadang-kadang nampak cam simple2, tapi susun atur dan gerakan diorang jadikan persembahana diorang superb lah! so, tak hairanlah kalau ada yang sanggup beratur panjang kat airport, habiskan ratusan ringgit utk dapatkan tiket diorang neh..




Justin Bieber??


Peminat dia menggelarkan diorang The Beliebers... JB neh bukan dah lama dalam arena muzik neh tapi baru muncul dalam 2-3 tahun kebelakangan neh saja. Umur pon muda lagi, so masih panjang masa dia dalam bidang nyanyian neh kan. Mungkin satu hari nanti dia akan jadi lagenda macam Michael Jackson. Maklumlah, perjalanan dia dalam bidang neh masih panjang. Tapi tengok sajalah langkah kanan dia dalam arena neh. Kejap saja dia dah jadi kegilaan remaja terutamanya girls dan buatkan para suami dan boyfriends cemburu dengan dia. Maklumlah pantang dengar berita tentang dia, makan pon tak kenyang, tidur plak bukan tak lena tapi terlebih lena siap termimpikan dia lagi. Tengok sajalah bila dia buat persembahan kat Malaysia ritu. Tiket yang harga RM888 pon kejap saja habis dijual (kaya sungguh kan rakyat kita neh)...Bila dia tunjukkan muka nak buat persembahan, apa lagi, histeria la fan2 dia.. Ada yang sampai tolak-tolak nak rakam gambar dia.. Hot sgguh kan JB neh..Besa lah, orangnya pon comel (girls la selalu kata), lagu pon top2 suma..kat tv, radio, hp suma lagu dia ja..macam Baby, Pray, One less lonely girl memang meletup lah!! so, nak kata pa lagi.. memang beliebers lah!!


Kesimpulan??


Kpop dan JB neh memang sama-sama popular lah..masing-masing ada jutaan peminat di seluruh dunia termasuklah Malaysia neh.. Diorang neh la unsur histeria kepada industri nyanyian..Sampaikan artis Malaysia nak buat duit pon susah.Maklumlah mana mungkin artis Malaysia dapat fight dengan diorang. Jadi, kepada fans Kpop dan kpda Beliebers sekalian, sokong lah artis korang neh berpada-pada..Janganlah sampai habis ribuan ringgit hanya semata-mata nak ikut diorang.. Yang mana baik tu, ikut lah dan yang mana kurang baik tu, jauhkan lah yea.. Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi!!