Sunday, September 18, 2011

Belajarlah Menerima Takdir, Bukan Mempersoalkannya~


             Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada sesiapa yang membaca entry saya pada kali ini. Semoga penulisan saya pada kali ini dapat memberikan sedikit sebanyak kebaikan kepada kita, InsyaAllah. Alhamdulillah, pada kali ini Allah SWT telah membuka pintu hati saya untuk berkongsi dengan saudara dan saudari sekalian berkenaan suatu topik berkenaan realiti kehidupan.

             Sesungguhnya hidup kita ini tidak pernah sunyi daripada segala bentuk ujian. Kadang-kadang ada yang beranggapan hidup senang-lenang itu bukan ujian. Pabila kita melihat kehidupan orang yang berada, yang dilimpahi kemewahan dunia, yang tidak perlu bersusah-payah untuk mendapatkan sesuap nasi, pasti hati-hati kita merumuskan bahawa hidup mereka cukup bahagia. Sedangkan kita terpaksa kais pagi dan petang untuk mencari rezeki. Lantas hal ini menimbulkan rasa tidak senang dalam jiwa kita. Ini secara tak langsung akan pula membawa kepada berjangkitnya penyakit hati.

             Baiklah, itu hanya sebagai gambaran awal tentang apa yang akan saya kongsikan. Mungkin penulisan saya akan lebih tertumpu kepada perspektif seorang pelajar tetapi tidak salah andai dikongsikan dengan orang lain kerana selagi mana kita hidup, selagi itulah kita menjadi seorang pelajar ; belajar tentang ilmu agama, belajar tentang kehidupan, belajar dari kesalahan dan sebagainya. Okay, berbalik kepada tajuk kita, Belajarlah Menerima Takdir dan Bukan Mempersoalkannya,  saya yakin ramai antara kita yang faham akannya. Baiklah, cuba kita imbas kembali kisah kita, sepanjang kita menghembuskan nafas di muka bumi ini, sepanjang kita menjunjung langit Ilahi, pasti ada seketika kita diuji. Kadangkala ujian itu bersambung-sambung sehingga kita hampir-hampir berputus asa. Kadangkala ujian inilah yang meragut kesabaran kita. Tatkala marah menguasai hati dan sabar pula semakin memencilkan diri, pasti akan terdetik di hati kita untuk mula mempersoalkan takdir. Pasti ada yang mula mengungkit ; “ Arrgghh!! Study penat-penat pun bukan boleh berjaya!”. Ada pula yang berkata “Kalau dah takdir aku macam ni, sampai bila-bila pun tak kan berjaya. Bazir masa ja aku buat semua ni”. Tambah-tambah pabila result keluar dan tak mencapai ‘target’ kita, pasti ada yang terdetik “Uish, penat ja aku study malam-malam sampai tak tidur!” , “Aku dah study habis-habis, solat pun dah cukup waktu, tapi result still sama!”. Paling teruk ada yang sampai menyalahkan Allah SWT ; “Solat lima waktu aku dah buat, solat sunat hajat,dhuha,tahajjud semua aku dah lakukan, tapi Allah masih tak tolong-tolong”. Ini yang paling teruk, solat hanya semata-mata inginkan pertolongan Allah!

Sahabat sekalian,

Allah tidak pernah membebankan hambanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya seperti mana firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarrah, ayat 286 :


Ÿw ß#Ïk=s3ムª!$# $²¡øÿtR žwÎ) $ygyèóãr 4 $ygs9 $tB ôMt6|¡x. $pköŽn=tãur $tB ôMt6|¡tFø.$# 3 $oY­/u Ÿw !$tRõÏ{#xsè? bÎ) !$uZŠÅ¡®S ÷rr& $tRù'sÜ÷zr& 4 $oY­/u Ÿwur ö@ÏJóss? !$uZøŠn=tã #\ô¹Î) $yJx. ¼çmtFù=yJym n?tã šúïÏ%©!$# `ÏB $uZÎ=ö6s% 4 $uZ­/u Ÿwur $oYù=ÏdJysè? $tB Ÿw sps%$sÛ $oYs9 ¾ÏmÎ/ ( ß#ôã$#ur $¨Ytã öÏÿøî$#ur $oYs9 !$uZôJymö$#ur 4 |MRr& $uZ9s9öqtB $tRöÝÁR$$sù n?tã ÏQöqs)ø9$# šúï͍Ïÿ»x6ø9$# ÇËÑÏÈ  


286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".




Nah…sedangkan dalam Al-Quran Allah telah berfirman, berani pula kita mempersoalkannya.  Saudara sekalian, bukan tugas kita untuk mempersoalkan takdir tapi tugas kita adalah untuk belajar menerimanya dengan hati yang terbuka. Kita pandai menghafal rukun-rukun iman namun agak kekok untuk mempraktikkannya.mari kita selami  Rukun iman yang keenam: beriman kepada qada dan qadar. Sesungguhnya apa yang dibawa rasul-rasul Allah ada hikmahnya dalam kehidupan seharian. Mari kita Tanya pada diri kita, Berapa banyak kah antara kita yang betul-betul beriman kepada rukun tersebut? Alhamdulillah seandainya kita salah seorang daripada insan-insan yang terpilih.  

Sahabat sekalian,

Takdir yang telah dicorakkan Allah SWT sesuai dengan fitrah manusia. Seandainya kita terkandas di sesuatu persimpangan, usah gundah gulana. Cuma kita perlu yakin dan teruskan usaha disertai tawakal kepada Allah SWT, pasti persimpangan yang benar   akan muncul. Kegagalan kita hanyalah ujian untuk menilai sejauh mana ketinggian nilai iman kita. Janganlah pabila terjatuh, kita malas berdiri kembali. Biarlah kita terpaksa merangkak sekalipun, lambat laun kita pasti sampai di destinasi yang ditakdirkan Allah untuk kita. Andai kita tidak mampu menggenggam apa yang kita hajati, janganlah pula kita meraung duka. Sesungguhnya apa yang ditentukan Allah  adalah yang terbaik bagi kita. Marilah sama-sama kita  belajar menerimanya, bukan mempersoalkannya! Wallahualam~





 

Blogger templates

Blogroll

About